BINGKISAN BUAT SAHABAT


Suratan mentakdirkan kita berjuang bersama, andai setitis air mata yang mengalir di pipimu kerana kesedihan, sejuta semangat membahumu dari belakang, andai seorang rebah, takkan dibiarkan rebah untuk kali kedua. 

Ya Allah, kami punya tali persaudaraan yang sukar diertikan, namun janganlah Kau dugai kami dengan dugaan yang tak mampu kami tanggung. 
Satukanlah ukhwah di antara kami bak kasih-Nya para sahabat kepada Rasulullah untuk kesekian kalinya. Hanya pada-Mu kami pohon, kekalkanlah ukhwah di antara kami dan tunjukkanlah kami jalan yang Kau rahmati.


Dedikasi buat sahabat-sahabat PBMP dan KBMUPM yang sentiasa dekat dihati,
  • Selamat menyantuni pelanggan-pelanggan kita yang mengunjungi Bazar Konvo UPM.
  • Selamat menghadapi TEST 1 dengan penuh kesediaan dan ampuh bekalan ilmu.
  • Selamat menyiapkan tugasan yang perlu dihantar sebelum cuti nanti.
  • Selamat ber'usrah'. ( aku yang sebenarnya ponteng minggu ini..huhu )
  • Selamat menjalani latihan drama Inflakasta! Yeah :) ***aku mc sahaja malam itu..hehe
  • dan  Selamat menjalani liku-liku perjuangan di sepanjang Kolej Hayat ini.

:: Kalam Hikmah  ::

Setiap pejuang Islam itu tidak ada istilah berehat dan bersenang-senang di dunia ini. Selagi hidup selagi itu berjuang menegakkan kebenaran agama Allah dan terus berdakwah sampailah ke hujung nyawa…kerana Syurga itu sentiasa ada dan menunggu kepulangan mereka untuk “berehat selama-lamanya.”

Mood = Blog Ina berwajah baru. Syukran Cik Bulat! Good Job :)
Akhirnya Ina bebas dari belenggu blog warna pink...hehe..kali ini warna tema negeri kelahiranku!  

0 comments:

Catat Ulasan

 

Copyright © 2011 Reserved to Ilham Citra
Design with love by InaNailofar