PROFIL PENULIS


Nama Penuh : Nur Hazlina Binti Mohd Fisol
Nama Pena : Ina Nailofar dan Ainul Hayat
Tarikh Lahir : 13 Januari 1990
Tempat Lahir : Yan, Kedah Darul Aman
Dibesarkan dan mendapat pendidikan : Pulau Pinang
Adik-beradik : Enam ( Anak kedua )
Kegemaran : Membaca, menulis, berkenalan, mendengar radio dan berfikir.
Cita-cita : Guru Bahasa dan Penulis

Pendidikan :
SK Permatang To’ Kandu ( 1997 )
SK Bukit Tambun ( UPSR 2002 )
SMK Seri Nibong ( PMR 2005 )
SMK Simpang Empat ( SPM 2007 dan STPM 2009 )
Island College of Technology ( Pra-U 2008 )
Universiti Putra Malaysia ( 2010-2014 )



LATAR BELAKANG KOLEJ HAYAT

Gemar membaca sejak kecil menyebabkan beliau menyimpan harapan untuk menulis bagi menghasilkan ‘sesuatu’ seperti yang dibaca. Pada masa sekarang, beliau hanya mengarang puisi sahaja memandangkan beliau masih terikat dengan tugas pelajar yang membatasi segalanya. Walau bagaimanapun, beliau mempunyai minat yang kian lama, mekar berputik iaitu untuk menulis cerpen dan novel. Akan terhasil, insyaAllah. Sajak pertama beliau tersiar pada tahun 2002, sekitar umur 12 tahun melalui Majalah KUNTUM.

                Mempunyai minat ‘berkenalan’, maka, tidak hairanlah beliau mempunyai koleksi surat daripada sahabat pena yang berlainan negeri. Melalui sahabat pena, beliau dapat memahami, mengetahui cara kehidupan seseorang itu dll.   Pada masa lapang, suka menghasilkan kraf tangan.  Sangat mencintai dunia kreatif yang penuh warna-warni. Seorang penggemar dan pengumpul koleksi cenderahati yang terdiri daripada barang perhiasan.

                Alam persekolahan rendah, terlalu banyak mengukir kenangan. Belajar berdikari di sekolah menengah pula mematangkan dirinya dan banyak memberi pengalaman berharga. Di bangku persekolahan, beliau banyak mewakili sekolah. Misalnya dalam Pertandingan Pidato, Syarahan Agama, Tahfiz Al-Quran, Deklamasi Sajak, Menulis Esei, Puisi-Dra Sains, Pesta Pantun dll. Selain itu, secebis bakat kepimpinan yang ada menyebabkan beliau sering terpilih dan berpeluang menyertai program motivasi, kursus dan kem di serata tempat. Menambahkan lagi pengalaman melalui perjalanan. Lalu, beliau dapat mengukuhkan diri memahami kekuasaan Allah, lebih bersyukur dan paling penting lebih tabah dalam menjalani kehidupan sebagai ‘remaja’ di alam fana ini.

                Beliau gemar duduk berseorangan. Tidak hairanlah beliau gemar menghabiskan cuti persekolahannya hanya di dalam  bilik tidurnya sambil ditemani radio kegemaran iaitu ikim.fm. Dalam ketenangan tika bersendirian, beliau dapat memuhasabah diri sebentar. Melaluinya, banyak perkara yang boleh direnungkan. Soal masa depan, cita-cita yang menjadi impian dan pelbagai lagi. Sesuatu yang pasti, beliau dapat merasai suatu ketenangan yang sukar digambarkan.

                Memandangkan pengisian cuti sekolah lebih kepada kegiatan di dalam rumah, jadi, dunia penulisan merupakan satu bentuk ‘perlarian’ untuk beliau berimaginasi dan mengayam cita-cita. Sekarang beliau berusia 15 tahun. Semoga beliau berjaya merealisasikan impian dan harapan di masa depan dengan cemerlang, gemilang, terbilang dan tersohor. Semoga menjadi seorang penulis muda yang serba boleh!           

Penulisan Melahirkan Kepuasan J                 
Demikianlah catatan penulis pada tahun 2005 yang lalu. Kini, enam tahun telah beredar  dengan pantasnya. Pelbagai onak duri dan realiti dunia telah, sedang dan akan ditempuhi.
Menyalin suara rasa di atas mampu memugarkan semangat.

Mood = Mahu kembali menulis! Moga Allah Redha J

‎(¯`v´¯)
`·.¸.·´`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸
`·.¸.​¸¸.•*


Laman ini masih dalam proses penyelenggaraan.
Harap maklum.

Terima kasih sudi bertandang ke mari.

‎(¯`v´¯)
`·.¸.·´`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸
`·.¸.​¸¸.•*

0 comments:

Catat Ulasan

 

Copyright © 2011 Reserved to Ilham Citra
Design with love by InaNailofar