JOM JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS


Salam Sejahtera dan Salam Kemesraan yang berterusan.

Memandangkan Ina masih berada dalam MOOD CUTI
 ( cuti Mid Sem masih berbaki, ayuh manfaatkan!hehe )
Dan melihat ada program yang 'sihat' untuk disertai, mana mungkin tidak kumanfaatkan? ('',)

Mari rakan-rakan Blogger sekalian,

JoM JoiN KemPeN TingKatKaN JumLaH FoLLoweRs


Anjuran :
Terjah Bicara@Azim Razak
( Jom la, kita pakat join ramai-ramai. Support rakan blogger. InsyaAllah ada faedahnya. )

Tempoh masa kempen : 
23/10/2011 - 29/10/2011 hingga jam 12.00 tengah malam
( tengok jam, sempat lagi kan. Ramai dah join, anda bila lagi? )


Nak monolog jap (",)
~Ina tahu segmen ini pun secara tidak sengaja melalui blog seorang rakan. Lantaran lama tidak join mana-mana aktiviti anjuran blogger dan kebetulan cuti mid sem ni ( walhal tidak la lapang sangat pun sekarang, tugasan berderet beratur minta disiapkan..huhu ). Terima kasih kepada kawan-kawan baru ( bajet ada yang mengunjung balas kan?hehe ) Buat makluman semua, blog ini masih baru dan sedang dalam pengaturcaraan..hehe..Maaf segala kekurangan.  Akhir kalam, salam perkenalan berutus senyuman kepada semua yang sudi hadir ke sini. Wassalam.~

BINGKISAN BUAT SAHABAT


Suratan mentakdirkan kita berjuang bersama, andai setitis air mata yang mengalir di pipimu kerana kesedihan, sejuta semangat membahumu dari belakang, andai seorang rebah, takkan dibiarkan rebah untuk kali kedua. 

Ya Allah, kami punya tali persaudaraan yang sukar diertikan, namun janganlah Kau dugai kami dengan dugaan yang tak mampu kami tanggung. 
Satukanlah ukhwah di antara kami bak kasih-Nya para sahabat kepada Rasulullah untuk kesekian kalinya. Hanya pada-Mu kami pohon, kekalkanlah ukhwah di antara kami dan tunjukkanlah kami jalan yang Kau rahmati.


Dedikasi buat sahabat-sahabat PBMP dan KBMUPM yang sentiasa dekat dihati,
  • Selamat menyantuni pelanggan-pelanggan kita yang mengunjungi Bazar Konvo UPM.
  • Selamat menghadapi TEST 1 dengan penuh kesediaan dan ampuh bekalan ilmu.
  • Selamat menyiapkan tugasan yang perlu dihantar sebelum cuti nanti.
  • Selamat ber'usrah'. ( aku yang sebenarnya ponteng minggu ini..huhu )
  • Selamat menjalani latihan drama Inflakasta! Yeah :) ***aku mc sahaja malam itu..hehe
  • dan  Selamat menjalani liku-liku perjuangan di sepanjang Kolej Hayat ini.

:: Kalam Hikmah  ::

Setiap pejuang Islam itu tidak ada istilah berehat dan bersenang-senang di dunia ini. Selagi hidup selagi itu berjuang menegakkan kebenaran agama Allah dan terus berdakwah sampailah ke hujung nyawa…kerana Syurga itu sentiasa ada dan menunggu kepulangan mereka untuk “berehat selama-lamanya.”

Mood = Blog Ina berwajah baru. Syukran Cik Bulat! Good Job :)
Akhirnya Ina bebas dari belenggu blog warna pink...hehe..kali ini warna tema negeri kelahiranku!  

 

Copyright © 2011 Reserved to Ilham Citra
Design with love by InaNailofar