Suratan
mentakdirkan kita berjuang bersama, andai setitis air mata yang mengalir di
pipimu kerana kesedihan, sejuta semangat membahumu dari belakang, andai seorang
rebah, takkan dibiarkan rebah untuk kali kedua.
Ya Allah, kami punya tali
persaudaraan yang sukar diertikan, namun janganlah Kau dugai kami dengan dugaan
yang tak mampu kami tanggung.
Satukanlah ukhwah di antara kami bak kasih-Nya
para sahabat kepada Rasulullah untuk kesekian kalinya. Hanya pada-Mu kami
pohon, kekalkanlah ukhwah di antara kami dan tunjukkanlah kami jalan yang Kau
rahmati.
Dedikasi buat sahabat-sahabat PBMP dan KBMUPM yang sentiasa dekat dihati,
- Selamat menyantuni pelanggan-pelanggan kita yang mengunjungi Bazar Konvo UPM.
- Selamat menghadapi TEST 1 dengan penuh kesediaan dan ampuh bekalan ilmu.
- Selamat menyiapkan tugasan yang perlu dihantar sebelum cuti nanti.
- Selamat ber'usrah'. ( aku yang sebenarnya ponteng minggu ini..huhu )
- Selamat menjalani latihan drama Inflakasta! Yeah :) ***aku mc sahaja malam itu..hehe
- dan Selamat menjalani liku-liku perjuangan di sepanjang Kolej Hayat ini.
:: Kalam Hikmah ::
Setiap
pejuang Islam itu tidak ada istilah berehat dan bersenang-senang di dunia ini.
Selagi hidup selagi itu berjuang menegakkan kebenaran agama Allah dan terus
berdakwah sampailah ke hujung nyawa…kerana Syurga itu sentiasa ada dan menunggu
kepulangan mereka untuk “berehat selama-lamanya.”
0 comments:
Catat Ulasan